Keperluan Hidroponik

Set Lengkap Hidroponik, kini boleh didapati di Mentah Agromart.
Set lengkap mengandungi:
  1. Mangkuk Hidroponik
  2. Penutup Polisterin
  3. Bakul Media
  4. Benang Media
  5. Baja Hidroponik
  6. Cawan Penyukat (250ml)
  7. Biji Benih - salad dan kangkung
Harga RM45.00 tidak termasuk kos pengangkutan. Harga termasuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia ialah RM55.00. (Combine shipping dibenarkan, harga akan dimaklumkan kemudian).
Set Mangkuk dan Penutup (8 lubang)
Ciri-ciri Mangkuk Hidroponik (harga RM15.00):
  • Ukuran :-55cm(panjang) X 41cm (lebar) x 13cm(tinggi)
  • Untuk diisi air sebanyak 20 liter.
  • Diperbuat daripada plastik polypropylene copolyner.
  • Tidak menyerap cahaya dan kalis cahaya.
  • Permukaan dalam yang licin bagi tujuan mudah di cuci dan tidak lekat pada kotoran.
Ciri-ciri Penutup Hidroponik (harga RM10.00):
  • Ukuran :- 55cm (panjang) x 41cm (lebar)
  • Mempunyai 8 lubang.
  • Berfungsi menghalang kemasukan cahaya tetapi menggalakan kemasukan udara
  • Warnanya adalah putih kerana pemantulan cahaya terhadap warna putih akan memastikan proses fotosintesis.
Bakul Media
Ciri-ciri Bakul Media (harga RM0.80 sebiji)
  • 5 cm (lebar) x 5cm (tinggi)
  • Lubang yang terdapat di sekeliling tepi bakul tersebut adalah berperanan menggalakan kemasukan udara tetapi tidak bagi cahaya.
  • Lubang – lubang kecil yang berada disekeliling bawah bakul tersebut adalah untuk pertumbuhan akar dan juga cengkaman untuk menahan sayur daripada rebah.

Ciri-ciri Benang Media (harga RM1.20 sebungkus)

  • Benang adalah media pertumbuhan yang menjadi pengganti tanah di dalam sistem penanaman sayur cara hidroponik.
  • Fungsi benang adalah untuk menyerap air baja dan sebagai tempat biji benih di dalam bakul

Baja Hidroponik dan Cawan Penyukat


Ciri-ciri Baja Hidroponik (harga RM20.00 satu set)
  • Boleh digunakan untuk 10 kali tuaian hasil tanaman
  • Mengandungi konsep ‘ chelating agent’ terutamanya ‘humates’ yang membolehkan Fe diambil oleh akar-akar pokok.
  • `Chelating agent’ dapat mengurangkan kesan peningkatan tinggi pH oleh bicarbinate yang terdapat di dalam baja dan juga membantu pengambilan nutrien oleh akar sayur. Humates juga berperanan mencegah keracunan Cu dan Fe terhadap tanaman.
  • Jika baja tidak mempunyai ‘chelating agent’, Fe akan menjadi pepejal ( prepicitate) pada dasar takung takung.
Ciri-ciri cawan penyukat (harga RM1.00 sebuah)
  • 7cm (lebar) x 8cm (tinggi)
  • Berukuran sukatan 250 ml isipadu (lab standard beaker measurement).
  • Bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk menyukat baja dan air.
  • Sukatan baja adalah penting bagi mendapatkan pertumbuhan pokok sayur yang terbaik.
Sila berkunjung ke kedai kami untuk mendapatkan set hidroponik anda. Terima kasih.

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails