Salam 1Malaysia,
Team Mentah Agromart telah didatangi oleh seorang pelanggan En Fadhil dari Cheras. Beliau yang sudah bersara baru mengusahakan tanaman Nangka Madu di kebun beliau iaitu di Jelebu.
 |
| Kawasan rata di bahagian bawah bukit |
 |
| Sudut yang berbeza |
Masalah:
Kebun beliau terletak di lereng bukit, mempunyai sumber mata air di bahagian atas bukit. Masalahnya, kawasan tersebut agak tinggi dan menyukarkan beliau untuk mengusahakan kebun bersama-sama isteri dan anak-anak beliau. Kawasan yang agak tinggi menyukarkan pengairan ke setiap pokok yang baru ditanam. Beliau meminta pandangan dan nasihat dari Mentah Agromart.
Penyelesaian:
Kami telah mengunjungi kebun En Fadhil di Jelebu pada 30 Disember 2011. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam dari Dengkil ke Jelebu melalui jalan Semenyih-Broga-Lenggeng. Sampai di sana, memang kawasannya tidak jauh dari laluan jalan utama tetapi perlu meredah anak sungai setakat paras buku lali.
 |
| Melawat sumber mata air di atas bukit |
 |
| Tong sedia ada yang digunakan untuk pengairan dan meracun |
Hasil pemerhatian dan tinjauan kami, memang kawasan ini sudah siap berteres, sudah dibersihkan dan ditanam dengan 80 pokok anak nangka madu. En Fadhil berharap Mentah Agromart dapat memberikan jalan penyelesaian yang sesuai untuk membuat pengairan di kebun beliau tambahan pula musim panas akan menyebabkan tanah kering dan mungkin merosakkan pokok.
 |
| Pandangan dari atas kebun |
 |
| En Fadhil meninjau keadaan kebun. Adakah akan berubah nanti? |
Nantikan posting kami yang kedua untuk jalan penyelesaian dari Mentah Agromart.
0 comments:
Post a Comment