10.6.14

FLORIA Putrajaya kembali lagi!


Kunjungi FESTIVAL BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA 2014 @ Persisiran Tasik, Presint 4, Putrajaya dari 14-22 Jun.
FLORIA 2014 akan mempamerkan bunga Begonia, tumbuhan berbunga yang berasal di iklim subtropika dan tropika lembap. Terokai pelbagai spesis dan warna bunga ini di Taman Begonia.

Pelbagai tarikan disediakan di Floria 2014. Rebutlah peluang untuk membeli-belah dengan memilih dari pelbagai tumbuh-tumbuhan dan aksesori taman, nikmati haruman dan pemandangan bunga, atau bergembira dengan lebih 200 aktiviti harian yang disediakan. Jumpa anda di sana!
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila ke page rasmi Putrajaya Floria(diuruskan oleh pihak urusetia) di https://www.facebook.com/Floria2013
http://floriaputrajaya.com.my/

Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdana, Precinct 3
62675 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 603 8887 7137, 7771, 7774
Fax : 603 8887 5000
enquiry@floriaputrajaya.com.my

16.5.14

Projek Fertigasi SMK Kelana Jaya (Bah. 2)

Salam 1Malaysia,

Selesai sudah projek fertigasi ini dilaksanakan dengan jayanya dalam masa satu hari. Terima kasih kepada Cikgu Nor Azura kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memperkenalkan sistem fertigasi ini kepada sekolah cikgu. Diharapkan ianya dapat membantu murid-murid mengenai pemahaman tentang sistem ini dan meningkat kesedaran mereka tentang kepentingan tanaman secara fertigasi.

50 buah set polybag sudah disiapkan



Tong hitam 100Gallon disediakan untuk projek ini

Sistem pengairan secara automatik digunakan
Kepada mereka yang berminat, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Terima kasih

15.5.14

Projek Fertigasi SMK Kelana Jaya (Bah. 1)

Salam 1Malaysia,
Pada awal bulan Januari 2014, kami telah menyiapkan satu projek fertigasi 50 pokok di SMK Kelana Jaya. Projek yang dikendalikan oleh cikgu Azura ini diharapkan dapat membantu murid-murid terutama di kelas Pendidikan Khas agar dapat memahami konsep pertanian fertigasi dan akhirnya dapat menambah minat mereka terhadap pertanian.
Pintu masuk SMK Kelana Jaya
Perkakasan untuk pemasangan projek
Tapak kosong yang akan sedia diubahkan menjadi projek fertigasi



Sabut blok digunakan untuk projek ini

14.5.14

Projek Fertigasi SK Undang Jelebu Kuala Klawang (Bah. 4)

Salam 1Malaysia,

Inilah hasil projek fertigasi kami. Diharapkan Cikgu Azwa, guru-guru dan murid-murid SK Undang Jelebu dapat mempelajari sedikit ilmu dan pengetahuan berkaitan fertigasi.

Set-set pasu lama yang telah disusun di atas rak untuk sistem fetigasi
Pandangan sisi rak dengan sistem fertigasi


Sistem pengairan fertigasi diikat dengan kemas untuk pengairan yang berkesan
Tong air disimpan di tandas tingkat satu
Sistem pengairan automatik digunakan disini
Kepada anda yang berminat untuk membuat projek fertigasi samaada di rumah, sekolah ataupun di tempat kerja, sila hubungi kami untuk sebarang maklumat lanjut. Terima kasih

13.5.14

Projek Fertigasi SK Undang Jelebu Kuala Klawang (Bah. 3)

Salam 1Malaysia,

Maaf kami lambat menyiapkan posting2 di dalam blog ini kerana kesuntukan masa. Insya-Allah kami akan menambah baik status posting kami.

Pada akhir bulan Oktober 2013, team Mentah Agromart telah membuat temujanji dengan pihak sekolah untuk menyiapkan dan memasang peralatan fertigasi yang telah dipersetujui.

Proses memasang paip

Barangan yang ditempah
 Kami turut memberikan sedikit penerangan ringkas dan informasi kepada guru-guru dan murid-murid sekolah tentang penyediaan benih dan semaian. Mudah-mudahan ianya dapat membantu mereka menyiapkan pokok-pokok yang diberikan.








Ikuti kesudahan projek ini di Bah. 4. Terima kasih

31.1.14

Projek Fertigasi SK Undang Jelebu Kuala Klawang (Bah. 2)

Salam semua,

Hasil perbincangan dengan pihak sekolah, kami telah membentangkan cadangan untuk perlaksanaan projek.

Nantikan hasil perjalanan projek ini di Bah. 3 & Bah. 4


8.1.14

Projek Fertigasi SK Undang Jelebu Kuala Klawang (Bah. 1)

Salam 1 Malaysia,

Pada awal tahun 2013, kami telah mendapat satu email daripada Cikgu Azwa, guru SK Undang Jelebu Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau meminta bantuan daripada Mentah Agromart untuk menghidupkan kembali projek tanaman cili yang menggunakan sistem tradisional dan menggantikan ia dengan sistem fertigasi.
Pokok cili padi tidak menjadi
 Cikgu telah membantu kami mendapatkan gambar tempat projek dan kami juga telah meminta bantuan cikgu untuk mengambil gambar bagi sumber air dan elektrik terhampir supaya kami dapat memberikan cadangan yang terbaik.
Tapak Projek
 Disinilah tapak projek yang terbengkalai tersebut.
Kawasan punca air dan elektrik terdekat
Hasil perbincangan menerusi email dan telefon, kami telah memberikan satu cadangan yang terbaik mengikut unjuran budget yang diberikan. Nantikan pelan cadangan projek kami dalam posting seterusnya...

Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails